Monday, February 25, 2013
Life is not easy for Mr Hooman Abadi and me
We are working until morning just to visit your blogs and read your assignments. 200 over blogs with 400 assignments.
It is not easy. We are tired. Tired of reading your assignments. Banyak yang lepas batok di tangga. Janji siap.
Alahai. Ramai yang minta abah faham masalah mereka sebab hantar assignments lewat. I do not know what to say. Masalah abah yang penat, seharian demam hari ni, tapi terpaksa baca juga 400 assignments, tiada siapa pun yang bersimpati.
Lepas ni kena baca pula 200 lagi take home test answers.
30 tahun mendidik anak bangsa, lagi lama lagi banyak kerja. Lagi sakit jiwa. Lagi menangis di dalam hati...please help yourselves to do the right things ethically and to the best of your abilities.
Pesanan abah sebelum pergi. Tukarlah sikap demi masa depan kalian...
Bila abah belajar dulu, semua pensyarah (kebanyakannya foreign lecturers dan local ones yang bukan Melayu) tidak kisah. 50% gagal dan terpaksa tinggalkan universiti. Alhamdulillah berkat sabar dan kerja kuat serta doa ibu bapa, abah lulus. Kursus senibina yang memerlukan komitmen tinggi. Tak tidur tiga hari tiga malqm untuk menyiapkan kerjakursus adalah biasa. Biasiswa pun tak dapat. Hanya sedikit pinjaman. Kena usaha bisnes sambilan dan kerja sambilan. Kalian akan kata itu zaman abah. Kami lain....ingatlah anak anak ku, aku mendidik bukan kerana nama. Aku mendidik kerana aku melalui kehidupan yang perit. Aku menjadi pendidik kerana mahu melihat anak bangsaku berjaya.
Jangan biarkan abah bersedih. Tukarlah sikap kalian....
Izinkan aku pergi
Apa lagi yang hendak ditangisi
Semogalah penggantiku
Dapat lebih memahami hati mu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment