Saturday, February 23, 2013
Abah sedih
Setiap pagi ketika bangun tidur iaitu sebelum menunaikan solat subuh, air mata abah mengalir. Pertamanya abah amat bersyukur kepada Allah yang masih melanjutkan usia abah dan diberiNya kesihatan. Keduanya abah menahankan kemarahan dan dengan penuh kesabaran demi menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Terutamanya apabila manusia mengzalimi abah dengan pelbagai tuduhan dan penipuan. Ya abah ditipu di dalam menjalankan perniagaan oleh kawan kawan serta ahli keluarga sendiri. Hampir satu juta ringgit. Terpaksa bekerja siang dan malam, kekadang hari hari minggu untuk mencari nafkah tambahan demi melunaskan hutang akibat menanggung penderitaan. Mereka tidak beretika di dalam hidup mereka. Namun abah sentiasa berdoa agar Allah membuka hati mereka supaya bertaubat dan menjadi manusia terbaik.
Abah juga sedih bila anak anak warisan abah bersikap malas dan lemah. Ada yang berikan alasan tidak munasabah ketika menghantar assignments lewat. Ada pula yang cut and paste sahaja dari sumber sumber yang tidak pula di senaraikan sebagai rujukan. Ini tipu juga namanya. Jika ikutkan hati ramai yang gagal. Aduhai, bangkitlah anak anak ku. Jangan malas, menipu diri sendiri dan tidak beretika. Tidakkah ada perasaan malu?
Tolonglah. Rata rata orang berkata pelajar UniKL anak emas MARA. Semua dapat.ijazah pun senang dapat. Jadi apa salahnya relax dan mengharapkan sesuatu yang mudah. Tolonglah katakan bahawa ini semua tidak benar...
Perjuangan kita jauh belum selesai. Jangan jadi sebahagian dari beribu ribu siswazah menganggur. Ayuh, kikiskan perangai malas, lemah dan layu. Jangan jadi peminta sedekah yang mengharapkan pertolongan orang lain. Jangan hampakan harapan abah, ibu bapa mu dan bangsamu!!! Be the best. Jika masih berperangai tidak beretika, berhenti sahaja dari membuang masa sebagai pelajar. Cari peluang demi menampung hidup di luar sana. Ramai yang berjaya tanpa segulung ijazah. Beri peluang kepada orang lain yang ingin belajar bersungguh sungguh. Jangan biarkan abah pergi dari sini dengan penuh kehampaan.
Abah yang sedang bersedih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment