Tuesday, November 13, 2012

Perniagaan berjaya di I nternet

Rencana iklan di dalam Berita Harian hari ini Rabu, 14 Nov 2012 di halaman B3 memaparkan kejayaan pemilik perniagaan kasut secara online, Christy Ng, 23 tahun. Beliau juga arif tentang pemasaran viral (viral marketing).

Kepada para pelajar digital commerce dan innovation management saya syorkan membaca nukilan temuramah beliau yang menerangkan tentang kejayaannya berniaga secara online.

Beliau juga menggunakan media sosial seperti facebook untuk menyebarkan maklumat blog wordpress kendalian beliau kepada rakan rakan facebooknya. Akaun facebook beliau mempunyai 120,000 peminat dan laman webnya menerima 20,000 pelawat setiap bulan. Belaiau dapat menjual 300 pasang kasut sebulan.

Usaha gigih beliau berbaloi apabila beliau dinobatkan sebagai Webpreneur of the year bagi tahun 2012 oleh DiGi WWWoW Awards.

Contoh ini membuktikan bahawa online business ialah suatu bentuk perniagaan yang meningkat buat masa ini dan di masa hadapan, sepertimyang saya tekankan di dalam kuliah.

Sila baca rencana iklan tersebut untuk tips perniagaan online.

Pak Din


No comments: