Hi anak-anak warisanku
Bila kita menyebut beberapa perkataan di dalam bahasa Inggeris yang lazim, kita tidak kisah sama ada betul atau tidak. Di dalam kelas Abah ada membuat beberapa pembetulan sebutan baku bahasa tersebut seperti:
Debt. b tidak dibunyikan. Sebutan betul ialah det
Plumber. juga b tidak dibunyikan. Sebutan betul ialah plame (e bunyinya macam e dalam perkataan mekar) plaming bagi plumbing
Bombing. b tidak dibunyikan. Sebutan betul ialah boming.
Sword (pedang) disebut sod sahaja.
Head (kepala) bunyinya hed ( e macam dalam perkataan eja) bukan heid (macam hate atau benci)
Salmon (sejenis ikan) disebut semen (e pertama bunyi macam e dalam eja dan e kedua bunyi e dalam tendang). Sorilah abah confuse dengan e taling dan e pepet. Maklumlah kita bukan ahli bahasa.
Canal (terusan) disebut kenel (e pertama bunyi mcam perkataan mekar dan e kedua mcam e dalam perkataan eja)
Steak (daging) disebut steik bukan stik. Makan stik bunyi macam makan kayu saja...
Thames (river Thames di London) di sebut tems (e bunyi macam e dalam eja) bukan teims
Tottenham Hotspurs disebut Totnem (bunyi e dalam perkataan telan) Hotspurs
Reading (sebuah bandar di England) disebut Reding bukan berbunyi riding (membaca)
Leceister bunyinya leste sahaja
Edinburgh bunyinya Edinbereh (e dalam sebutan perkataan telan) bukan Edinbeg
Porche bunyi Porsye (e dalam perkataan telan) juga bukan posy
Pugeot bunyi pejo (e dalam telan juga)
Mercedes bunyinya mesediz (e pertama macam e dalam memekak dan e ke dua bunyi macam e dalam eja)
Oklah setakat tu.
Abah
Thursday, January 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment