Sunday, September 16, 2012
AKU SEORANG MUSAFIR
• Laungkanlah hingga cengi suaramu
• Bahawa aku tewas di dalam kembaraku ini
• Kendatipun ia sekadar fantasimu
• Aku hanyalah seorang musafir
• Menagih ilmu mencari kebenaran
• Menumpang berteduh
• Di bawah bayangan pepohon rendang
• Melayan imaginasi menerokai minda
• Masih dahagakan bimbingan
• Sambil
• Menabur bakti kepada yang sudi
• Namun enapcemar yang ku terimai
• Pun begitu
• Aku tidak gentar mengembara
• Hingga sampai ke destinasiku
• Laungkanlah sesuka hatimu
• Aku teguh dengan pendirianku.
Pak Din
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment