Sunday, December 27, 2009

Hello

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam 1 Malaysia

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog ini. Salam perkenalan. Just call me Pak Din as most of my students call me by that name. Lebih mesra.

Di dalam blog ini anda boleh rujuk kepada artikel-artikel relevan dengan kursus Undang-undang Bangunan II yang anda ikuti sekarang. Saya amat berbangga dapat membimbing anda di dalam kursus ini. Namun sekiranya anda ingin meluaskan pengetahuan anda di dalam perkara-perkara lain di dalam bidang industri binaan secara umumnya, saya bersedia berkongsi maklumat dan pengalaman.

Anda ialah bakal memainkan perasnan penting di dalam industri binaan, khususnya bidang ukur bangunan. Anda perlu bekerja keras, sabar dan tumpukan sepenuhnya kepada ilmu yang diterima semasa di universiti. Kemahiran di dalam bidang ukurbangunan dan komunikasi adalah amat penting jika anda ingin berjaya. Industri binaan merupakan suatu wadah yang sangat mencabar dan kompetitif.

Saya memerlukan komitmen sepenuhnya dari anda di dalam kursus Undang-undang Bangunan II ini kerana hasrat utama saya meluangkan masa mengendalikan kursus ini demi memotivasikan anda dan ingin mencurahkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman agar anda dapat melihat dunia pekerjaan kelak secara holistik dan membangunkan diri anda supaya menjadi seorang profesional yang berjaya.

Let us work together.

Pak Din

1 comment:

M.Sya.R said...

assalamualaikum..pakdin..
nice blog~